Monday, July 21, 2008

Program-Program Menarik Sepanjang Feskum..

MAJLIS PERASMIAN FESKUM ’08

TARIKH: 2 Ogos 2008
TEMPAT: Auditorium Kompleks Perdanasiswa
MASA: 9.30 pagi-11.30 pagi

Majlis Perasmian FESKUM ’08 akan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah. Salah satu langkah untuk menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa FESKUM ’08 telah pun bermula secara rasminya.


PAMERAN INOVASI FESKUM ’08

TARIKH: 2-10 Ogos 2008
TEMPAT: Ruang Legar Kompleks Perdanasiswa
MASA: 8.00 pagi-4.00 petang

Pameran yang memaparkan kejayaan Universiti Malaya dan menonjolkan hasil inovasi pelajar serta graduan Universiti Malaya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

KARNIVAL KANAK-KANAK

TARIKH:4-10 Ogos 2008
TEMPAT: Dewan Perdana 1, Aras Bawah Blok D, Kompleks Perdanasiswa
MASA:8.00 pagi-6.00 petang
BAYARAN:RM 2.00 (satu kemasukan)

Pelbagai aktiviti yang khusus untuk kanak-kanak bakal diadakan. Antaranya ialah melukis, mewarna dan persembahan boneka. Program ini juga membantu para ibu bapa yang berkunjung ke FESKUM ’08 menjaga anak-anak mereka. Kunjungan mereka ke karnival ini pastinya menitipkan suatu pengalaman manis buat mereka.

DEEJAY CORNER

TARIKH:4-10 Ogos 2008
TEMPAT:Tempat Letak Kereta Kompleks Perdanasiswa,
MASA:10.00 pagi-10.00 malam

Melibatkan penyertaan para pelajar di Universiti Malaya dan undangan juruhebah dari luar kampus Universiti Malaya. Saluran hebahan kepada orang ramai mengenai informasi terkini sepanjang FESKUM ’08. Peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat sebagai ‘deejay’!

PESTA BUKU DAN MAJALAH FESKUM ’08

TARIKH:4-10 Ogos 2008
TEMPAT: Tempat Letak Kereta Kompleks Perdanasiswa,
MASA:10.00 pagi-10.00 malam

Pengunjung FESKUM ’08 untuk mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan yang terbaru pada harga yang berpatutan. Selain memupuk sikap suka membaca program ini juga turut memberi peluang kepada para penerbit mempromosi hasil terbitan pengarang tempatan dan antarabangsa

SANTAI GAZEBO

TARIKH:4, 6, 7, 8, & 9 O.gos 2008
TEMPAT:Gazebo Kompleks Perdanasiswa,
MASA:8.00 pagi-12.00 tengah malam

Program kerjasama antara pihak penaja dan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya ini akan mengadakan persembahan yang berlainan setiap malam sepanjang berlangsungnya FESKUM ’08. Program berkonsepkan hiburan berinformasi ini juga menggalakkan para pengunjung FESKUM ’08 mempelajari.

HOT SPOT FESKUM ‘08

TARIKH:4-8 Ogos 2008
TEMPAT: Sekitar Universiti Malaya
MASA: 10.00 pagi- 4.00 petang

Pasukan khas yang dibentuk sempena FESKUM ’08 akan berada di tempat-tempat tertentu sepanjang FESKUM ’08 dijalankan. Masa dan lokasi mereka berada akan diumumkan melalui Deejay Corner. Pasukan ini juga membawa cenderamata khas FESKUM ’08 berupa barangan tajaan daripada pihak penaja dan akan diberikan kepada mereka yang bertuah. Saluran utama untuk mempromosikan program dan jualan gerai FESKUM ’08. Kejarlah mereka dan pelbagai benda menarik menanti anda !

PROGRAM PENAMPILAN DIRI PELAJAR


TARIKH:5 Ogos 2008
TEMPAT:Gazebo Kompleks Perdanasiswa
MASA:10.00 pagi- 10.00 malam

Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pelajar dan pengunjung FESKUM ’08 mengenai cara berpakaian dan pendedahan mereka gaya fesyen yang terkini. Panduan penampilan diri ketika bergelar pelajar dan persediaan memasuki alam pekerjaan juga turut diselitkan.

KEJOHANAN FLOORBALL INTERVARSITY ASEAN PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR

TARIKH:6-10 Ogos 2008
TEMAPT:Gimnasium 1 berhampiran terminal bas Universiti Malaya,
MASA:8.00 pagi-6.00 petang

Pertandingan untuk memperkenalkan Floorball kepada pelajar Universiti Malaya dan orang ramai. Sukan baru yang paling meningkat naik di dunia termasuk Malaysia. Penglibatan universiti-universiti tempatan dan luar negara dalam kejohanan ini juga merupakan satu daya tarikan kepada para pengunjung FESKUM ’08 untuk tidak melepaskan peluang ini.

PERSEMBAHAN MOCK TRIAL

TARIKH:6-9 Ogos 2008
TEMPAT:Auditorium Tun Mohd. Suffian, Fakulti Undang-Undang
MASA: 8.00 malam-11.00 malam (6-8 Ogos),3.00 petang-11.00 malam (9 Ogos)

Satu aktiviti tahunan mahasiswa Fakulti Undang-Undang sempena FESKUM. Gambaran situasi dalam mahkamah yang dilakonkan semula oleh mahasiswa berunsurkan humor. Gambaran sebenar mengenai situasi dan tatacara sebenar mahkamah melalui pendekatan yang lebih santai dan menyeronokkan.

PERTANDINGAN PAINTBALL

TARIKH:6-8 Ogos 2008
TEMAPT: Padang VarsitI
MASA:10.00 pagi-5.00 petang

Paintball merupakan antara sukan lasak yang paling popular dan digemari kini. Banyak kelab dan persatuan ditubuhkan berasaskan sukan ini. Sudah pasti penganjuran sukan ini akan mendapat perhatian pelbagai pihak yang menyukai dan meminati bidang sukan ini.

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

TARIKH:7 Ogos 2008
TEMPAT:Auditorium Kompleks Perdanasiswa,
MASA:9.00 malam- 11.00 malam

Satu pendekatan rohani yang diselitkan dalam FESKUM ’08. Forum ini akan membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan moral, budaya, agama dan sahsiah diri. Antara ahli panel yang bakal diundang ialah Profesor Madya Hj. Md. Izuddin Hj. Ali (Prof. Izi) dan Profesor Datin Dr. Azizan Bte Baharuddin. Topik yang bakal diutarakan dalam forum ini banyak menyentuh mengenai alam sekitar dan perkaitannya dengan agama. Hayati sama persembahan nasyid daripada kumpulan Raihan. Cenderamata juga menanti para tetamu yang hadir.

KEM DERMA DARAH

TARIKH:7-8 Ogos 2008
TEMPAT:Dewan Perdana 2, Blok D Aras Bawah, Kompleks Perdanasiswa,
MASA:10.00 pagi-5.00 petang

Kempen untuk mengalakkan semua pengunjung FESKUM ’08 untuk melakukan kebajikan dan kebaikan. ‘Setitis Darah Sejuta Harapan’, maka program ini memerlukan sokongan yang padu dan sambutan yang baik dari semua pihak. Ayuh! Dermalah.

PERTANDINGAN SENAM AEROBIK INTRAVARSITI DAN INTERVARSITI

TARIKH:7 & 9 Ogos 2008, Gazebo Kompleks Perdanasiswa,
MASA:11.00 pagi-2.00 petang (Intravarsiti),2.00 petang-6.00 petang (Intervarsiti)
TEMPAT:7 & 9 August, Gazebo Kompleks Perdanasiswa, 11.00a..m-2.00p.m.(Intravarsity),2.00p.m.-6.00p.m(Intervarsity)

Pertandingan yang melibatkan 4 hingga 10 orang peserta dan melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya. Tiga pasukan terbaik akan mara ke peringkat Pertandingan Senam Aerobik Intervarsiti IPTA. Semangat kerjasama pasukan dan interaksi yang baik merupakan aspek yang penting dalam pertandingan ini.

KARNIVAL FUTSAL FESKUM ’08


TARIKH:9-10 Ogos 2008
TEMPAT; Gelanggang Sukan Fakulti Undang-Undang
MASA: 8.00 pagi-6.00 petang

Karnival Futsal ini dibuat memenuhi permintaan yang tinggi daripada para pelajar.. Karnival ini bakal mempamerkan pelbagai aksi-aksi menarik lagi hebat dari pemain-pemain futsal yang berbakat besar.

Sunday, July 13, 2008

Jom Sertai Kami....

Mahu menjadi salah seorang daripada kami??

Kami sedang mencari "volunteer" untuk membantu dalam
pengurusan gerai feskum..

Jom daftarkan diri anda SEKARANGG!!


Klik disini untuk "download" borang penyertaan

Download BORANG AJK.doc from Uploading.com

Friday, June 27, 2008

Organisasi Feskum '08

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA
FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2008


PENAUNG
Prof. Madya Dr. Azarae Hj Idris
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),
Universiti Malaya

PENASIHAT
Encik Mahamad Apandi Khalib
Timbalan Pendaftar,
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Malaya

PENGARAH
Rosdi Bin Abdullah

NAIB PENGARAH
Mohamad Ridzuan Bin Mohd Subri

TIMBALAN NAIB PENGARAH 1
Awang Ku Mohammed Khairy Bin Pg. Mohd. Ali

SETIAUSAHA 1
Nur’ain Ishak

SETIAUSAHA 2
Ezura As’ad Azam

SETIAUSAHA 3
Haslinda Hazman

BENDAHARI 1
Nirmahanim Mohd. Halil

BENDAHARI 2
Yvonne Yap Siew Yoong


PENOLONG PENGARAH JABATAN

PROTOKOL
Nur Fatehah Raudhah Ariffin

PROGRAM
Lili Fariza Arifin

TAJAAN
Khairul Azmir Bin Zainuddin

PUBLISITI
Nurul Nasuha Muhamad Sabri

LOGISTIK
Siti Zulaika Abd. Hamid

TEKNIKAL
Mohd. Al-Hafidz Bin Lokman

TAPAK & GERAI
Mohd. Haniff Mohd. Rahim

KESELAMATAN


PENTADBIRAN
Zetty Amalina Zainal Abidin

Thursday, May 22, 2008

Feskum Muncul Lagi




Festival Konvokesyen Universiti Malaya atau lebih dikenali FESKUM '08 kini kembali...


Terdapat pelbagai program dan aktiviti yang dirancang bagi memeriahkan majlis konvokesyen pada tahun ini. Banyak kelainan yang cuba dibawa yang bukan sahaja berkonsepkan santai dan hiburan malahan turut menekankan program-program ilmiah, yang semestinya menarik minat anda...

Nantikan kehadiran kami pada 4 Ogos hingga 10 Ogos 2008...



"Menjulang tradisi, Memacu inovasi"